Wan Zack terima pengiktirafan Liga Singapura

Harimau Muda, Wan Zack Haikal dan Gary Robbat telah tercalon dalam Anugerah Liga Singapura yang akan berlangsung pada 11 November ini.

Harimau Muda yang beraksi buat pertama kalinya dalam Liga Singapura telah menamatkan musim di tempat keempat dengan jumlah 42 mata dalam 24 perlawanan.

Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan buat pasukan Bawah 23 tahun itu yang bersaing dengan pemain-pemain yang lebih berumur dan juga pemain-pemain import dalam Liga Singapura.

Tambah membanggakan lagi apabila Harimau Muda dan pemain-pemainnya telah dicalonkan dalam Anugerah Liga Singapura yang akan diadakan pada 11 November ini.

Wan Zack Haikal antara pemain yang telah dinamakan sebagai pemenang apabila menerima undian terbanyak bagi kategori YEO’s People’s Choice Award.

Beliau juga telah dicalonkan dalam kategori YEO’s Young Player of The Year bersama dengan pemain tengah, Gary Robbat. Mereka juga bersaing dengan Sho Kamimura dari pasukan Albirex Niigata, Hafiz Sujad dari Courts Young Lions dan Stefan Milojevic dari Geylang United FC,

Pasukan Harimau Muda yang pemainnya tidak mengutip sebarang kad merah sepanjang musim di Singapura telah dicalonkan dalam kategori Singapore Pools Fair Play Award bersama dengan Albirex Niigata, Home United FC, Gombak United dan Woodlands Wellington.

Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee ternyata bangga dengan pencalonan Harimau Muda dalam anugerah ini namun menegaskan semuanya adalah hasil usaha satu pasukan.

“Tahniah kepada Wan Zack kerana memenangi People’s Choice Award. Pencalonan beliau dan Gary bagi Young Player of The Year pula adalah satu pengiktirafan bagi seluruh pasukan Harimau Muda.

“Saya terutama sekali berbangga pasukan Harimau Muda tidak mengutip kad merah sepanjang kami beraksi dalam Liga Singapura musim ini.” katanya kepada ESPNSTAR.my.

Senarai penuh Anugerah Liga Singapura 2012

Great Eastern Player of the Year

Calon-calon: Shahrazen Said (Brunei DPMM FC), Frederic Mendy (Home United FC), Aleksandar Duric (Tampines Rovers FC), Jamil Ali (Tampines Rovers FC), Ahmad Latiff (Tampines Rovers FC)

YEO’S Young Player of the Year
Calon-calon: Sho Kamimura (Albirex Niigata (S) FC), Hafiz Sujad (Courts Young Lions), Gary Robbat (Harimau Muda), Wan Zack Haikal (Harimau Muda), Stefan Milojevic (Geylang United FC)

Mikasa Coach of the Year
Calon-calon: Darren Stewart (Balestier Khalsa FC), Vjeran Simunic (Brunei DPMM FC), Kanan Vedhamuthu (Geylang United FC)

YEO’S People Choice Award
Pemenang: Wan Zack Haikal (Harimau Muda)

RHB Top Scorer
Pemenang: Frederic Mendy (Home United FC)

Singapore Pools Fair Play Award
Calon-calon: Albirex Niigata (S) FC, Gombak United FC, Harimau Muda, Home United FC, Woodlands Wellington FC

Great Eastern Referee of the Year
Calon-calon: Abdul Malik Bashir, Muhd Taqi Jahari, Leow Thiam Hoe, Sukhbir Singh, W Ravisanthiran

Waga Assistant Referee of the Year
Calon-calon: Tang Yew Mun, Edwin Lee, Jeffrey Goh, Eugene Chan, Ronnie Koh

Polar Fan Club of the Year
Calon-calon: Courts Young Lions, Singapore Armed Forces FC, Hougang United FC

Tiger Beer Goal of the Year
Calon-calon: Shukor Zailan (Singapore Armed Forces FC), Ismadi Mukhtar (Tampines Rovers FC), Jamil Ali (Tampines Rovers FC), Moon Soon Ho (Woodlands Wellington FC), Benoit Croissant (Tampines Rovers FC)