Wan Zack bintangi malam anugerah Liga S

Malam Anugerah Liga Singapura 2012 telah menyaksikan pemain Harimau Muda Wan Zack Haikal meraih dua penghargaan.

Penampilan pertama Harimau Muda di Singapura telah berakhir dengan Malam Anugerah Liga Singapura 2012 di Institut Pendidikan Teknologi (ITE) Timur pada malam Ahad yang dihadiri wakil-wakil kelab S.League, para pemain, jurulatih dan juga para penyokong.

Acara itu bagi mengiktiraf usaha mereka yang telah memberi sumbangan kepada musim S.League tahun ini serta untuk memberi penghargaan kepada para pemain, jurulatih dan pengadil yang menyerlah.

Undian dibuat oleh panel bebas yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang bola sepak seperti anggota Persatuan Bolasepak Singapura (FAS), wartawan, jurulatih dan pengadil. Antara kategori-kategori yang dipertandingkan adalah: Gambar Terbaik, Berita Terbaik, Kelab Terbaik, Pemain Terbaik, Jurulatih Terbaik, Pemain Harapan Terbaik, Penjaring Gol Terbanyak, Anugerah Fairplay, Pengadil Terbaik dan Pemain Pilihan Kegemaran.

Harimau Muda merupakan satu-satunya kelab yang mempunyai dua calon dalam satu kategori yaitu Pemain Harapan Terbaik – Gary Robbat dan Wan Zack Haikal. Wan Zack juga telah menang anugerah Pemain Pilihan Kegemaran dimana undian dibuat di laman Facebook S.League seminggu sebelum acara ini dan pemuda yang berasal dari Pahang itu telah mengalahkan 12 pemain lain dengan lebih 80 peratus dari undian para peminat – kebanyakannya dari penyokong yang berasal dari Singapura.

Ini juga merupakan kali kedua berturut-turut pemain yang berusia 21 tahun itu menang Pemain Harapan Terbaik, yang terakhir pada 2011 apabila Harimau Muda masih lagi bersaing dalam Liga Super Malaysia.

“Saya ingin berterima kasih kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk memberi kami peluang bersaing di Liga Singapura, kepada pasukan saya yang telah berjuang bersama saya dan terutama sekali kepada para peminat.” kata Wan Zack setelah menerima penghargaan beliau.

“Kami akan terus berjuang sebagai satu pasukan demi mempertahankan kejuaraan Sukan SEA nanti.” tambahnya lagi.

Berikut adalah calon-calon kategori yang dipertandingkan dan pemenangnya:

Great Eastern Pemain Terbaik
Calon: Shahrazen Said (Brunei DPMM FC), Frederic Mendy (Home United FC), Aleksandar Duric (Tampines Rovers FC), Jamil Ali (Tampines Rovers FC), Ahmad Latiff (Tampines Rovers FC)
Pemenang:  Aleksandar Duric, Tampines Rovers FC

YEO’S Pemain Harapan
Calon: Sho Kamimura (Albirex Niigata (S) FC), Hafiz Sujad (Courts Young Lions), Gary Robbat (Harimau Muda), Wan Zack Haikal (Harimau Muda), Stefan Milojevic (Geylang United FC)
Pemenang: Wan Zack Haikal (Harimau Muda)

Mikasa Jurulatih Terbaik
Calon: Darren Stewart (Balestier Khalsa FC), Vjeran Simunic  (Brunei DPMM FC), Kanan Vedhamuthu (Geylang United FC)
Pemenang: Vjeran Simunic (Brunei DPMM FC)

YEO’S Pemain Pilihan Kegemaran
Pemenang: Wan Zack Haikal (Harimau Muda)

RHB Penjaring Gol Terbanyak
Pemenang: Frederic Mendy (Home United FC)

Singapore Pools Anugerah Fair Play
Calon: Albirex Niigata (S) FC, Gombak United FC, Harimau Muda, Home United FC, Woodlands Wellington FC
Pemenang: Albirex Niigata (S) FC

Great Eastern Pengadil Terbaik
Calon: Abdul Malik Bashir, Muhd Taqi Jahari, Leow Thiam Hoe, Sukhbir Singh, W Ravisanthiran
Pemenang: Abdul Malik Bashir

Waga Penolong Pengadil Terbaik
Calon: Tang Yew Mun, Edwin Lee, Jeffrey Goh, Eugene Chan, Ronnie Koh
Pemenang: Eugene Chan

Polar Penyokong Terbaik
Calon: Courts Young Lions, Singapore Armed Forces FC, Hougang United FC
Pemenang: Hougang United FC

Goal Terbaik
Calon: Shukor Zailan (Singapore Armed Forces FC), Ismadi Mukhtar (Tampines Rovers FC), Jamil Ali (Tampines Rovers FC), Moon Soon Ho (Woodlands Wellington FC), Benoit Croissant (Tampines Rovers FC)
Pemenang: Shukor Zailan (Singapore Armed Forces FC)

Singapore Pools Gambar Terbaik
Calon: Zeng Liwei, Gavin Foo, BP Chua, Cheng Jing Hean
Pemenang: Zeng Liwei

RHB Berita Terbaik
Calon: Sazali Abdul Aziz, Fabius Chen, Nicholas Neo, Neo Chee Seong, Muhd Khalis Rifhan
Pemenang: Nicholas Neo

Sumber – espnstar