Peluang untuk barisan simpanan

Terdapat kemungkinan besar Datuk K.Rajagobal akan menurunkan pemain-pemain yang tidak beraksi menentang Vietnam bagi perlawanan dengan Thailand malam ini.

Amar Rohidan yang mengalami kecederaan lutut tidak dapat beraksi manakala Aidil Zafuan dan Fadhli Shas akan direhatkan bagi memberi peluang kepada Faizal Muhammad dan Amirizwan Taj.

Manakala di bahagian tengah pula kemungkinan Shakir Shaari akan digandingkan dengan Gary Robbat menggantikan Amar.

Menurut Rajagobal beliau mahukan barisan pemain yang diturunkan mempamerkan kekuatan sebenar dan penting untuk mereka bangkit selepas kekalahan dengan Vietnam untuk meningkatkan tahap keyakinan diri.

“Saya tidak fikir keputusan yang kita peroleh dalam mana-mana perlawanan persahabatan ini boleh merencatkan moral pemain sebelum kita beraksi pada Piala Suzuki AFF.

“Saya tahu para pemain mampu memberikan persembahan pada masa sesuai iaitu pada kejohanan sebenar nanti.

“Apa yang mustahak ketika ini adalah melihat sejauh mana mereka mendapat keserasian,” katanya kepada Utusan.

Saksikan perlawanan ini secara langsung di sinisini dan sini.