Liga Europa: Liverpool tewas, Napoli menang

SAINGAN peringkat kumpulan Liga Europa menyaksikan Liverpool tewas kepada Anzhi Makhachkala 0-1 awal pagi tadi (waktu Malaysia) di Stadium Lokomotiv, Moskva.

Kekalahan itu dilihat menyukarkan peluang kelab England itu untuk mara ke pusingan 32 pasukan terbaik.

Makhachkala selaku tuan rumah berjaya telah menguasai permainan separuh masa pertama dengan satu gol hasil jaringan Lacina Traore di minit ke-46.

Pasukan kendalian Brendan Rodgers gagal menjaringkan sebarang gol sehingga tamat permainan. Dua pemainnya Jonathan Flanagan dan Jonjo Shelvey telah dilayangkan kad kuning di minit ke-65 dan 88.

Sebelum ini, Liverpool pernah tewaskan Makhachkala 1-0 di Stadium Anfield dalam pusingan ketiga.

Kedudukan terkini dalam Kumpulan A, Makhachkala mendahului Liverpool dengan perbezaan satu mata.

Perlawanan seterusnya akan berlangsung pada 23 November ini.

Berikut keputusan penuh perlawanan peringkat kumpulan Liga Europa

Kumpulan A
Anzhi Makhachkala (1) Liverpool (0)
Udinese (2) – Young Boys (3)

Kumpulan B
Academica (2) – Atletico Madrid (0)
Viktoria Plzen (4) –  Hapoel Tel Aviv (0)

Kumpulan C
Olympique Marsielle (2) –  Borussia M’gladbach (2)
Fenerbahce (2) – AEL (0)

Kumpulan D
Brugge Club (2) –  Newcastle United (2)
Bordeaux (1) –  Maritimo (0)

Kumpulan E
Kobenhavn (0) –  Stuttgart (2)
Molde (1) –  Steaua Bucuresti (2)

Kumpulan F
AIK (1) – PSV (0)
Napoli (4) –  Dnipro Dnipropetrovsk (2)

Kumpulan G
Basel (1) – Videoton (0)
Sporting CP (1) – Genk (1)

Kumpulan H
Neftci (0) –  Rubin Kazan (1)
Partizan (1) – Internazionale (3)

Kumpulan I
Ironi Karyat Shmona (1) – Sparta  (1)
Athletic Club (2) –  Olympique Lyonnais (3)

Kumpulan J
Lazio (3) –  Panathinaikos (0)
Tottenham Hotspur (3) – Maribor (1)

Kumpulan K
Metalist (3) –  Rosenborg (1)
Bayer Leverkusen (3) – Rapid Wien (0)

Kumpulan L
Hannover 96 (3) –  Helsingborg (2)
Twente (0) – Levante (0)

Highlight UEFA Europa League di sini