Lady Gaga Sapa Peminat Tanpa Berbaju


PENYANYI Lady Gaga tidak pernah segan dengan penampilannya yang seksi.

Kali ini bintang popular ini tampil lebih berani dengan tidak berbaju ketika menyapa peminat dari balkoni sebuah hotel di Rio De Jeneiro, Brazil pada Rabu lalu.

Menurut laporan Dailymail, penyanyi berusia 26 tahun itu hanya mengenakan seluar dalam rona hitam tanpa berbaju dalam sambil menikmati air kelapa muda.

Gaga tidak berbaju ketika menyapa peminat di balkoni bilik hotelnya. Foto Dailymail.
Bagaimanapun penyanyi lagu Born This Way itu tampak malu-malu dan tidak menunjukkan dadanya itu.

Gaga berada di Rio De Janeiro bersempena siri konsert jelajahnya dan akan juga ke negara-negara Amerika Selatan.