Khyril masih tunggu tawaran sesuai

Desas-desus mengatakan Khyril Muhymeen mungkin akan meninggalkan skuad Hijau Kuning sementara masih menunggu tawaran sesuai dari Kedah FA.

Dikhabarkan, Khyril kini diintai pasukan dari Selatan dan Timur Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Kedah menegaskan mereka tidak akan menghalang pemain untuk berhijrah ke kelab lain.

“Jika dia dapat tawaran baik, baguslah. Kita menggalakkan pemain berbakat berhijrah, tapi kita akan tengok pula berdasarkan kontrak sedia ada,” kata Presiden Kedah FA, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Khyril kini menggalas tugas bersama skuad kebangsaan dan masih lagi menunggu tawarn yang bersesuaian dari Kedah dan tidak mustahil jika beliau memilih untuk berhijrah ke pasukan lain.

Setakat ini, Kedah yang tersingkir ke Liga Perdana tidak melakukan banyak aktiviti perpindahan pemain seperti beberapa pasukan yang lain. – espnstar