Kewangan PBNJ stabil

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memiliki dana mencukupi untuk mendapatkan khidmat pemain bintang bagi melengkapkan jentera skuad Harimau Selatan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M).

Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim bertitah, usaha itu demi meningkatkan mutu bola sepak dan bukan mengejar habuan semata-mata.

Beliau memberi jaminan PBNJ mempunyai peruntukan bagi mendapatkan khidmat pemain paling bernilai 2012, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo.

“Kami akan sediakan bajet untuk dapatkan khidmat Mat Yo dengan harga ditetapkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), perkara itu akan mengikut peraturan ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya.