Kemelut Butler, PBSNT selesai

KEMELUT antara Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dengan Peter James Butler sudah berakhir.

Kesediaan kedua-dua belah pihak dalam menyelesaikan kemelut berkenaan dengan baik menyaksikan pengendali dari England itu bakal mengemudi pasukan berstatus kelab T-Team pada musim depan.

Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh mendedahkan bahawa Butler telah bersetuju untuk meninggalkan pasukan Terengganu dengan persetujuan bersama pada mesyuarat Jawatankuasa Darurat PBSNT baru- baru ini.

“Kita telah mencapai kata sepakat bersama Butler dan dia secara rasmi bukan lagi pengendali Terengganu. Dia (Butler) menghormati keputusan kami, begitu juga kami menghormatinya.

“PBSNT kini hanya memberi tumpuan untuk mempersiapkan skuad Terengganu bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan.

“Apa yang penting ialah PBSNT dan Butler boleh mengatur perancangan masing-masing untuk masa hadapan. Kami berharap dia akan berjaya, tidak kira di mana sahaja,” katanya.

Che Mat menambah, PBSNT kini boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada perancangan pramusim dan melantik pengendali baharu dalam masa terdekat.

Beliau juga enggan mendedahkan pampasan yang akan diberikan kepada Butler.

Dalam pada itu, Butler berkata, beliau gembira dengan persetujuan yang dicapai. Ini sekali gus melerai kemelut antara beliau dengan PBS- NT.

“Saya sangat gembira kerana kemelut ini dapat diselesaikan dengan baik.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh mendedahkan persetujuan dengan terperinci kerana ia adalah rahsia,” ujarnya.

Butler menambah, beliau sama sekali tidak berkecil hati terhadap PBSNT dan memilih untuk berdamai, terutamanya dengan Che Mat.

“Ia bukan kerana wang tetapi ia adalah soal prinsip. Saya berharap PBSNT akan mencapai kejayaan,” katanya.

Beliau turut memuji Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam mengendalikan kemelut berkenaan dengan baik.

“Cara FAM mengendalikan masa- lah ini patut dijadikan contoh,” ujarnya.

Butler yang bakal menjadi pengendali pasukan T-Team turut melahir- kan rasa teruja menggalas tugas baharu itu.

“Saya gembira dapat diberi tugas mengendalikan T-Team kerana saya ingin membantu meningkatkan tahap bola sepak Terengganu.

“Saya sayang negeri ini dan penduduk di sini,” katanya.