Kelab Portugal ikat Fakri Saarani

Kelibat pemain Malaysia terus menarik perhatian kelab bolasepak di Portugal dengan pemain Harimau Malaya Ahmad Fakri Saarani menjadi sasaran terbaru.

Difahamkan Fakri yang beraksi bersama Felda United musim lalu telah menerima tawaran daripada salah sebuah kelab divisyen tiga Portugal yang beraksi di series C.

Dia dijangka akan menandangani kontrak selama 6 bulan pada Januari ini.

Menurut sumber Fakri sebenarnya telah menerima peluang bermain di sana sejak pembukaan musim baru di Eropah iaitu pada Ogos lepas tetapi terpaksa ditolak memandangkan komitmen bersama skuad kebangsaan untuk persiapan Piala Suzuki AFF yang akan berlangsung bulan ini.

Memandangkan dia kini mengikuti siri perlawanan persahabatan di Vietnam dan Thailand, sidang media mengenai pemergian ke Portugal hanya akan diadakan selepas pulang dari Thailand.

“Buat masa ini boleh dikatakan dia hampir pasti ke sana, ini bukan satu panggilan menjalani pemilihan sebaliknya kelab tersebut memang berminat dengan Fakri yang boleh bermain sebagai pembantu penyerang atau sayap kanan.

Saya tidak dapat mendedahkan kelab tersebut tetapi cukuplah saya katakan kelab itu adalah pencabar utama dalam kejuaraan Series C pada masa sekarang” kata sumber semalam.

Pemain bek kiri Selangor Asrarudin Putra Omar yang pernah menarik minat pasukan divisyen Lima Sepanyol Internacional FC dan divisyen dua Portugal OC Belenenses tetapi peluangnya ke sana terpaksa ditangguhkan kerana beliau baru pulih dari kecederaan.

Difahamkan pasukan baru Fakri iaitu Terengganu memberi lampu hijau pada Fakri untuk ke Portugal dan bersedia menerima Fakri kembali setelah 6 bulan berada di Portugal.

Sumber