Hernandez penyelamat United

Dua gol dari pemain simpanan Javier Hernandez memotivasikan Manchester United untuk bangkit dengan kemenangan 3-2 ke atas Aston Villa.

Villa mengejutkan pihak lawan dengan menjaringkan dua gol pendahulu hasil jarigan Andreas Weimann pada separuh masa pertama dan kedua.

Tetapi Hernandez mengubah perlawanan dengan menjaringkan gol pertama untuk United, sepakannya untuk gol penyamaan dipantul oleh kapten Villa Ron Vlaar dan menanduk masuk gol kemenangan pada lewat perlawanan.

Walaupun berjaya bangkit, Sir Alex Ferguson mungkin sekali lagi bimbang dengan masalah barisan pertahanannya.

Pemain baru Villa Christian Benteke menyerlah sementara Stephen Ireland keihatan merbahaya sebagai peranan bebas di belakang penyerang utama.

United hanya bangkit pada separuh masa kedua apabila Hernandez masuk menggantikan Ashley Young dan kini United mempunyai 29 gol dalam 11 perlawanan.

United mula dengan menyerang dan bek kanan Enda Stevens menghalang rembatan dari Antonio Valencia dari sepakan sudut.

Michael Carrick yang pertama memberi reaksi dari sepakan sudut Robin Van Persie tetapi tandukannya tepat pada penjaga gol Villa Brad Guzan.

Ashley Young kemudian melakukan percubaan dati jarak jauh namun tersasar.

Keputusan ini bermakna United kini menambah jarak mata kepada empat mata di puncak liga di atas Chelsea.

Highlights perlawanan ini dan BPL di sini