Forkey Doe, Afiq sertai Red Giants

Selangor hari ini mengumkan senarai 23 pemain pasukan itu yang akan beraksi dalam saingan Liga musim depan.

Antara muka baru yang akan menggalas tanggungjawab musim depan adalah bekas import Terengganu, Francis Forkey Doe yang menggantikan tempat Bosko Balaban.

Beliau akan digandingkan dengan Afiq Azmi dari Kuala Lumpur dan juga Amri Yahyah yang telah menyambung kontrak selama setahun dengan Selangor.

Selain itu, Ramzul Zahini dari Kelantan juga turut memantapkan serangan Red Giants musim depan.
Di bahagian tengah pula Selangor akan menagih khidmat dari S.Kunalan yang berhijrah dari Negeri Sembilan serta V.Kavichelvan dari Harimau Muda.

Sharbinee Allawee yang dilepaskan oleh Terengganu mengisi posisi penjaga gol Selangor.

Antara yang tidak beraksi lagi untuk Selangor adalah Safiq Rahim yang berhijrah ke Johor dan juga Amirulhadi Zainal yang menyertai skuad Tok Gajah musim depan.

Berikut adalah senarai 23 pemain Selangor bagi musim depan:

Penjaga Gol:

Norazlan Razali
Sharbinee Allawee
Fairuz Azwan
Pertahanan:
Nasriq Baharom
Asraruddin Putra
Ramex Dayoub
Adib Aizuddin
Mahali Jasuli
Fairuz Aziz

Tengah:

Bunyamin Umar
Fitri Shazwan
Gurusamy
S.Kunalan
Shukur Jusoh
V.Kavichelvan
Raimi Md Nor
Solihin
Penyerang:
Amri Yahyah
Francis Forkey Doe
Afiq Azmi
Ramzul Zahini
Wan Mohd Hoesne

Sumber: SelangorFC.com