Arsenal kecewa sekali lagi

Arsenal melepaskan peluang untuk menang selepas mendahului dua gol buat kali kedua minggu ini selepas terikat 3-3 dengan Fulham.

Seperti yang berlaku ketika bertemu Schalke dalam Liga Juara Juara pada pertengahan minggu, the Gunners telah mengawal perlawanan dengan menjaringkan gol awal dari Olivier Giroud dan Lukas Podolski.

Fulham kemudian bangkit melalui Dimitar Berbatov dan Alex Kavaniklic menyamakan kedudukan sebelum waktu rehat.

Pasukan pelawat kemudian mendahului perlawanan apabila Berbatov menjaringkan penalti selepas Mikel Arteta mengasari Brian Ruiz.

Walaupun Giroud lekas menyamakan kedudukan 3-3, Gunners tidak berjaya mendapatkan gol kemenangan tetapi telah diberikan penalti pada masa penamat namun sepakan penalti Arteta berjaya diselamatkan oleh Schwarzer.

Arsene Wenger akui suasana di Emirates merudum dalam dua perlawanan di situ dan telah mencabar pasukannya untuk menaikkan semangat penyokong.

Sebaliknya, Fulham yang beraksi dengan lebih menyakinkan apabila rembatan jarak jauh Ruiz tersasar.
Theo Walcott yang berjaya mendapat tempat dalam kesebelasan utama sekali lagi menyerlah di bahagian kanan.

Arsenal mendahului perlawanan pada minit ke-11 hasil tandukan Giroud.

Pada minit ke-23 Podolski menyumbat masuk gol kedua untuk Arsenal.

Fulham kemudian bangkit dan menjaringkan gol pertama hasil usaha Berbatov yang menanduk masuk bola ke gawang gol Fulham.

Lima minit sebelum waktu rehat, Berbatov mara ke kanan dan dengan sedikit usaha melambung bola kepada Kacaniklic yang menjaringkan gol penyamaan Fulham.

Highlight perlawanan ini dan BPL di sini.