3 termasuk pelajar maut berlumba haram

JOHOR BAHRU — Akibat berlumba haram dua pelajar tingkatan dua dan seorang mekanik maut selepas motosikal yang ditunggang bertembung dalam satu kemalangan di Kilometer 14 Jalan Simpang Lima-Parit Sulong, di sini awal pagi ini.

Dua pelajar berkenaan, Muhamad Sharul Ramadhan Maharami, 14, dan rakan sebayanya, Syazwan Muhammad Rosdi, masing-masing dari Parit Haji Abdul Salam dan mekanik, Muhamad Fetri Kamsani, 21, meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 1.45 pagi itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, ketiga-tiga mangsa yang menunggang dua buah motosikal disyaki sedang berlumba, meninggal akibat kecederaan parah yang dialami.

“Siasatan awal mendapati, motosikal yang ditunggang oleh Muhamad Fetri dari arah Parit Sulong bertembung dengan motosikal yang ditunggang Muhamad Sharul dan dibonceng oleh Syazwan sebelum melanggar kereta Toyota Unser yang berada di laluan sama.

“Ekoran hentaman yang kuat, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah,” katanya di sini hari ini. — BERNAMA