“Wenger lebih hebat dari Guardiola”

Bekas pemain tengah Arsenal dan Barcelona Aliaksandr Hleb berpendapat bahawa Pep Guardiola hanya mampu berjaya kerana memiliki barisan pemain hebat.

Hleb telah menyertai pasukan utama Arsenal pada tahun 2005 sebelum berpindah ke Barcelona dengan bayaran €17 juta di mana beliau telah mengalami kesusahan untuk memasuki skuad pertama dan hanya membuat 36 penampilan dari tahun 2008 hingga 2012.

Pemain antarabangsa Belarus itu telah membandingkan pengalaman beliau dalam kedua-dua pasukan tersebut dan mendedahkan bahawa beliau lebih diperbaiki di bawah bimbingan Arsene Wenger dari Guardialo walaupun pengurus itu telah meraih beberapa kejuaraan pada musim lalu.

Beliau juga berpendapat bahawa Guardiola hanya mampu berjaya dengan memiliki barisan pemain hebat.
“Saya lebih menambah kemahiran di bawah bimbingan Wenger dari Guardiola tetapi Pep juga adalah seorang pengurus yang baik,” pemain yang berumur 31 tahun itu berkata kepada Esportsen Xarxa.

“Guardiola bukan seorang pengurus yang terbaik dalam dunia. Beliau telah mengurus pasukan terbaik dalam dunia yang mempunyai pemain-pemain terbaik.

“Ia tidak sukar untuk menang dengan pasukan seperti itu dan (Tito) Vilanoca dijangka akan mendapat lebih banyak kemenangan.
“Pengurus terbaik dalam dunia adalah (Jose) Mourinho, (Sir Alex) Ferguson dan (Arsene) Wenger.”
Hleb juga kesal tentang penglibatan beliau dalam pasukan Catalan.

“Saya telah bersemangat untuk bermain tetapi Barca hanya menurunkan setiap pemain untuk beberapa minit.

“Untuk saya, itu tidak mencukupi. Saya berasa marah dan ingin lebih diturunkan.

Hleb yakin bahawa negara beliau akan menghadapi perlawanan yang sukar menentang Sepanyol dalam perlawanan peringkat kelakayakan Piala Dunia akan datang.

“Saya akan tetap berjuang. Sepanyol adalah sebuah pasukan yang tidak senang dikalahkan. Mereka akan bermain dengan hebat, seperti Barca,” beliau menambah.