Serangan United bantu England

Wayne Rooney telah membuktikan diri dengan usaha beliau mendorong kemenangan 5-0 England ke atas San Marino di Wembley.

Rooney telah menjaringkan dua gol di hadapan 84,654 para penyokong dan rekod beliau kini adalah 31 gol, satu gol lebih dari Alan Shearer, Nat Lofthouse dan Tom Finney.

Rakan sepasukan Manchester United Danny Welbeck juga telah mendapat dua gol sementara Alex Oxlade-Chamberlain menjadi penjaring gol paling muda keempat dalam sejarah bolasepak England.

Keputusan itu bermakna England kini mempunyai kelebihan tiga mata di atas Kumpulan H dan dalam keadaan baik untuk menghadapi Poland pada hari Selasa, walaupun Theo Walcott terpaksa digantikan akibat kecederaan.

Pasukan pelawat bernasib baik pada pembukaan perlawanan apabila Aldo Simoncini mengasari Theo Walcott hingga menyebabkan beliau terpaksa digantikan oleh Aaron Lennon, tetapi penjaga gol itu tidak dibuang padang.

England melancarkan serangan demi serangan tetapi gerakan mereka masih tidak mampu mencipta peluang hingga Simoncini menjatuhkan Welbeck dalam kotak.

Rooney membuka tirai dengan tendangan penalti dengan penuh keyakinan dan pasukannya kini kelihatan lebih tenang.

Tiga minit kemudian, Welbeck menyepak masuk hantaran Lennon untuk gol kedua dan keputusan kekal 2-0 hingga masa rehat.

Babak kedua bermula dengan lebih rancak selepas penampilan pertama Jonjo Shelvey untuk negaranya. Rooney kemudian mendapat gol kedua beliau hasil rembatan kencang dari luar kotak dan kini hanya perlu mengatasi rekod empat lagi pemain sebelum penyerang itu boleh digelar sebagai ‘penyerang terbaik England’.

Welbeck mengancam sekali lagi dengan gol kedua beliau dari hantaran Cleverly dengan keputusan kini 4-0.

Oxlade-Chamberlain pula menjaringkan gol terakhir pasukannya 14 minit sebelum wisel penamat dan ia bermakna pemain yang berusia 19 tahun itu adalah penjaring gol termuda England di belakang Tommy Lawton, Michael Owen dan Rooney.

Highlight