Selangor lakukan rombakan pemain

Jurulatih, Irfan Bakti dijangka akan menggugurkan beberapa pemain yang gagal menunjukkan prestasi baik sebelum musim baru bermula.

Akhbar New Straits Times melaporkan, kemungkinan kedudukan Irfan Bakti juga dalam bahaya sementara beliau melakukan rombakan dalam pasukan.

“Terserah kepada pihak pengurusan untuk membuat keputusan. Saya akan terima dengan hati terbuka jika mereka tidak memerlukan saya lagi kerana saya boleh mencari pasukan lain,” kata Irfan kepada New Straits Times.

“Selangor memerlukan perubahan besar dan saya mempunyai beberapa pemain dalam senarai untuk musim depan. Pihak pengurusan akan memutuskan masa depan kami kelak.”

Pemaiin import dari Lubnan, Ramez Dyoub akan dikekalkan di Selangor musim depan manakala penyerang Bosko Balaban dijangka akan ditamatkan kontraknya.

Pemain pinjaman Piala Malaysia, S.Venood pula telah menandatangani kontrak tetap bersama Selangor dan S.Kunanlan yang telah menamatkan kontrak dengan Negeri Sembilan besar kemungkinan akan menerima tawaran dari Selangor.

Difahamkan juga bahawa Irfan berminat untuk mendapatkan pemain Terengganu yang dilepaskan seperti Sharbinee Allawee dan juga Ashaari Samsuddin.

Masa depan Safiq Rahim masih dalam tanda tanya kerana kontraknya bersama Selangor tamat bulan depan dan beliau tidak dijangka akan menyambung kontrak bersama pasukan Red Giants itu.

Beliau akui telah menerima tawaran dari Bosnia, Croatia dan Saudi Arabia termasuk dari Indonesia dan tawaran menarik dari Johor.

Selain itu, Amirulhadi Zainal dan R.Surendren yang kerap diketepikan pada musim ini juga dikhabarkan akan meninggalkan pasukan Selangor