Safiq tak hiraukan spekulasi

Kapten Selangor, Safiq Rahim yakin tidak akan membenarkan khabar beliau akan ke Johor mengganggunya membantu pasukan menjuarai Piala Malaysia.

Selangor akan bertemu Kelantan untuk separuh akhir kedua Piala Malaysia pada Jumaat ini dan setakat ini ketinggalan 1-0.

Baru-baru ini terdapat khabar yang mengatakan pasukan dari selatan, Johor FA dikatakan berminat untuk mendapatkan Safiq bagi saingan Liga Perdana musim depan.

Bagaimanapun, Safiq memberitahu bahawa beliau komited dalam membantu Selangor dalam saingan Piala Malaysia.

“Saya pemain Selangor dan saya mempunyai tanggungjawab terhadap pasukan,” katanya kepada The Star.
“Saya tidak hiraukan tentang spekulasi dan khabar angin. Tugas saya adalah bantu Selangor menjuarai Piala Malaysia dan saya fokus sepenuhnya.”

Safiq yang telah menjaringkan tiga gol dalam Piala Malaysia setakat ini percaya pasukannya mampu untuk menewaskan Kelantan.

“Semangat pasukan kami sangat tinggi dan kami mahu menebus semula kekalahan di Kota Bharu,” katanya lagi.

“Kami harus pastikan kami bemotivasi tinggi pada perlawanan kedua. Kelantan gunakan kelebihan di tempat sendiri untuk memenangi perlawanan pertama, kini kami harus menjadikan Shah Alam kelebihan kami.”