Safee akan berpindah kelab sebelum AFF

FAM telah mengesahkan bahawa Safee Sali kemungkinan besar tidak akan beraksi untuk pasukan Harimau Malaya dalam Piala Suzuki yang akan bermula 25 November.

Safee Sali kini sedang berusaha untuk berpindah ke kelab lain dalam masa terdekat selepas masa depan bola sepak antarabangsanya dalam bahawa apabila kelabnya, dan 31 kelab Liga Super Indonesia yang lain diharamkan oleh Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI).

Surat yang dihantar kepada FAM dari setiausaha PSSI Halim Mahfudz Selasa lepas untuk memaklumkan tentang pengharaman kelab-kelab itu telah turut disahkan oleh persatuan Bola Sepak Dunia, FIFA semalam dalam surat yang berlainan.

Ini bermakna, Safee Sali tidak akan beraksi dalam perlawanan persahabatan skuad kebangsaan dengan Hong Kong pada Selasa ini dan kemungkinan juga terpaksa dikecualikan pada saingan Piala Suzuki yang akan bermula pada 25 November ini.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin: “Buat masa ini Safee tidak boleh beraksi untuk pasukan kebangsaan.”

“Malangnya, ini masalah PSSI dan tiada apa yang kami boleh lakukan. Kami telah menerima surat dari FIFA memaklumkan kepada kami tentang pengharaman semua 32 kelab.”

Walaubagaimanapun, difahamkan bahawa Safee kini dalam perbincangan dengan kelab lain dan berharap untuk berpindah ke kelab itu sebelum bermulanya Piala Suzuki.

“Rundingan dengan satu kelab sedang berjalan dan kami telah di tahap terkahir,” kata sumber yang enggan menamakan kelab itu.