Rooney sedia isi tempat Cantona

Wayne Rooney telah menyatakan bahawa beliau bersedia untuk menjalankan tanggungjawab dalam posisi seperti Eric Cantona.

Rooney kini berusia 26 tahun dan telah mewakili negaranya 76 kali dan boleh dianggap sebagai satu-satunya pemain yang paling berpengalaman dalam pasukan Roy Hodgson.

Penggantungan Steven Gerrard dan kecederaan Frank Lampard bermakna Rooney akan mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua pasukan untuk kali pertama dalam perlawanan kompetitif apabila berhadapan dengan San Marino pada hari Jumaat dalam pusingan kelayakan Piala Dunia di Wembley.

Walaupun posisi itu bukan untuk jangka masa yang panjang, Rooney menyatakan bahawa beliau amat serius tentang tanggungjawabnya.

“Kami mempunyai ramai pemain muda dalam pasukan dan saya sering cuba memberi nasihat kepada mereka.” Rooney berkata.

“Saya ingat bila Alex Ferguson memberitahu saya tentang pengaruh baik Eric Cantona apabila cuba memupuk bakat pemain muda di United.”

“Ini adalah sesuatu yang saya boleh cuba mencapai untuk England dan saya berharap dapat membuat yang sama.”

Rooney, yang kini lebih matang berbanding dengan beberapa tahun lalu, mempunyai lebih lima juta peminat di Twitter beliau dan ia adalah yang tertinggi untuk atlit British.

“Ini adalah cara yang baik bagi peminat untuk melihat karekter saya.”

“Saya cuba untuk tidak melibatkan diri sangat kepadanya, saya sedar apa yang diletakkan di sana akan disebarkan lagi dan kemungkinan besar ia akan disiarkan di akhbar – saya cuba untuk berhati-hati.”

“Saya tidak menjangka yang saya akan mencapai sebanyak peminat di Twitter dan saya gembira dengan sokongan yang saya dapat.”