Rekod Bayern lebur

BERLIN: Rekod cemerlang Bayern Munich musim ini akhirnya lebur apabila tandukan Sidney Sam terkena pemain pertahanan Jerome Boateng untuk menghadiahkan Bayer Leverkusen kemenangan 2-1, awal pagi semalam.

Jaringan kemenangan Sam itu hadir tiga minit sebelum tamat sekali gus mengesahkan kemenangan pertama pasukan pelawat di Munich dalam tempoh 23 tahun dan mengakhiri rekod kemenangan lapan perlawanan berturut-turut kelab Bavaria itu.

Stefan Kiessling meletakkan Leverkusen di depan pada babak pertama sebelum penjaring terbanyak Bundesliga, Mario Mandzukic menyamakan kedudukan pada minit ke-77 untuk merekod gol kelapan musim ini.

Keputusan itu menyebabkan Bayern kekal dengan 24 mata manakala Schalke 04 melonjak ke tangga kedua selepas mengatasi Nuremberg 1-0, kelmarin. – Reuters

Saksikan highlight perlawanan di sini