Red Warriors menjulang treble

The Red Warriors menang bergaya 3-2 ke atas Angkatan Tentera Malaysia untuk menjuarai Piala Malaysia dan seterusnya menjulang treble.

Kritikan terhadap Kelantan semakin bertambah setelah mereka menang Piala FA awal tahun ini hasil gol tunggal Mohammed Ghaddar ke atas pasukan Liga Premier Sime Darby – ia dikatakan mereka terlalu mengharapkan pemain import dari Lebanon itu.

Kritikan tidak henti walaupun pasukan Red Warriors berjaya mempertahankan mahkota Liga Super dengan kelebihan 10 mata, tujuh lebih dari musim sebelumnya – ia dikatakan yang pemain mereka tamak, hanya mementingkan diri sendiri dan kini sudah lanjut usia.

Ia tidak mengejutkan yang ramai telah menjadikan pasukan ATM FA sebagai pilihan kegemaran mereka untuk meraih kejuaraan Piala Malaysia. Kehadiran beberapa pemain bintang serta jurulatih B Sathianathan, yang telah membina asas kejayaan Kelantan pada tahun 2009 hingga 2011, dijangka dapat mengatasi bekas pemainnya dengan gerakan taktikal yang akan menyekat mereka.

Namun pasukan pantai timur ini telah berjaya menjawab segala kritikan dan enggan membenarkan gangguan dari pihak luar menjejas kenikmatan dari permainan mereka. Perlukan bukti? Secara purata, Ghaddar telah membuat 17 penampilan lebih kurang daripada rakan sepasukannya yang lain dalam semua kejuaraan (Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Piala AFC) dan ia jelas yang pasukannya tidak mempunyai masalah untuk menjaringkan gol apabila beliau tiada.

Kontroversi dengan bekas jurulatih Kelantan, Peter Butler yang mengejutkan semua apabila meletak jawatan, telah mengukuhkan lagi semangat pasukan Kelantan yang telah memberi sokongan padu kepada Bojan Hodak, dan sekaligus meraih hasil kemenangan dari kebijaksanaan taktikal jurulatih dari Kroatia itu. Pemain Kelantan yang dikatakan sudah ‘lanjut usia’ telah membuktikan keupayaan – Badhri “Piya” Radzi mendapat peluang untuk serta skuad K. Rajagopal dengan Harimau Malaya dan Indra Putra Mahayuddin pula kini antara pencipta gol terbanyak musim bolasepak Malaysia.

Rentak perlawanan Kelantan sentiasa mengagumkan dan mempunyai ciri-ciri hipnotik yang telah menyekat gerakan ATM pada awal perlawanan, stock ‘Manchester City Malaysia’ kian merosot dan mereka tidak mampu melancarkan serangan hingga minit ke 14 apabila Hairuddin “Hai-O” Omar memberi rembatan half-voli dari luar kotak yang tersasar.

Piya sentiasa mengarahkan gerakan dengan sentuhan emas beliau di tengah padang sementara kepantasan Indra Putra membenarkan beliau membuka ruang untuk Norshahrul “Mat Yo” Idlan membuat percubaan ke atas gawang saingan. Begitulah skrip permainan pada minit ke 23 yang dibintangi Afiq Azmi, bekas penyerang Kuala Lumpur FA itu telah menggelecek bola ke dalam kotak sebelum berganding bahu dengan tiga rakan sepasukan yang dinamakan tadi tetapi ia berakhir dengan tendangan lemah Mat Yo yang diselamatkan.

Mat Yo merupakan ancaman utama untuk Kelantan dan akhirnya membuka tirai pada minit ke 44 dari gerakan satu-dua dengan ketua pasukannya sebelum melepaskan rembatan tepat dari sudut yang ketat. Pemusnah ATM Rezal Zambery menindak balas dengan rembatan kencang dari 25 meter pada minit ke 49 yang mengejutkan semua – termasuk Khairul Fahmi. Mat Yo mengekalkan kelebihan gol seminit kemudian apabila melepasi K Reuben dan menyepak bola masuk dan membuat keputusan 2-1 kepada Red Warriors.

Rezal memberangsangkan ATM pada minit ke 62 apabila memberi hantaran tepat untuk Marlon James menanduk masuk dan menyamakan kedudukan. Perlawanan terus ke masa tambahan dan kedua-dua pasukan kelihatan terlalu tergesa-gesa untuk mendapatkan gol.

Penyerang veteran yang kini berusia 31 tahun, Indra Putra membuktikan yang kesabaran mendatangkan hasil apabila tidak kecewa dari beberapa peluang beliau yang tersasar pada awal perlawanan dan membuat pusingan baik pada minit tambahan ke tujuh untuk memperdayakan penanda beliau sebelum menerima bola dari Piya, menggelecek masuk ke dalam kotak dan menyepak gol kemenangan untuk pasukannya.

HIGHLIGHT