Public Mutual Digantung dari Mengurus Dana KWSP

Public Mutual Digantung dari Mengurus Dana KWSP mulai semalam, Isnin 29 Oct 2012. Berita ini benar-benar mengejutkan para pelabur kerana selama ini ramai yang mengalihkan dana dari akuan 1 KWSP saya ke beberapa dana di dalam Public Mutual.

Dikhabarkan hanya Public Mutual sahaja digantung dan syarikat pengurusan dana lain tidak pula digantung.

Berikut adalah petikan dari laman KWSP

Penggantungan Institusi Pengurusan Dana

Sila ambil maklum bahawa Public Mutual Berhad (Kod IPD 03) telah digantung perkhidmatannya sebagai Institusi Pengurusan Dana (IPD) di bawah Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli KWSP berkuatkuasa mulai 29 Oktober 2012.

Sehubungan dengan penggantungan tersebut, Public Mutual Berhad (Kod IPD 03) adalah tidak dibenarkan membuka akaun untuk ahli KWSP dan/atau menerima sebarang pemindahan simpanan ahli daripada KWSP mulai dari 29 Oktober 2012. Bagaimanapun, IPD berkenaan masih bertanggungjawab menguruskan pelaburan simpanan ahli KWSP yang telah dipindahkan sebelum 29 Oktober 2012.

Tarikh kemaskini: 29 Oktober 2012