Pepe kritik Barcelona

Pemain pertahanan Real Madrid Pepe menyatakan bahawa pemain Barcelona tidak jujur ketika cuba mendapatkan penalti dalam perlawanan seri 2-2 pada hari Ahad.

Pepe, seorang pemain yang sering dikelilingi kontroversi, telah mendedahkan bahawa pemain Barcelona telah jatuh secara berlebihan setelah perlawanan seri 2-2 pada hari Ahad.

Kenyataan beliau itu telah menimbulkan kemarahan pemain tengah Barcelona Andres Iniesta.

“Jika seorang pemain berkata begitu tentang pasukan anda, anda tentu akan berasa tersinggung,” Iniesta berkata kepada Onda Cero.

“Saya tidak beraksi teatrikal, sama kepada pemain-pemain yang lain. Kenyataan itu telah amat mengecewakan.”

Namun, Pepe kelihatan tidak terjejas apabila beliau berbual di persidangan akhbar pasukan Portugal sebelum perlawanan peringkat kelayakan akan datang bersama Russia dan North Ireland pada hari Rabu.

“Jika seseorang itu berasa tersinggung, ia hanya membuktikan bahawa perkara ini adalah benar,” Pepe berkata. “Saya hanya menyatakan apa yang telah berlaku dalam perlawanan.”

Penglibatan Pepe menentang Russia di Moscow pada hari Jumaat masih belum dipastikan akibat kecederaan kaki yang telah menyebabkan beliau terlepas dua sesi latihan sebelum pulang pada hari Rabu.

“Kami akan lihat keadaan esok (Khamis),” Pepe berkata. “Jika semuanya berjalan dengan lancar, saya berharap untuk bermain.”