Pelajar Malaysia di NUS beraksi lucah di internet

Kuala Lumpur 16 Okt : Seorang pelajar Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) telah mencetuskan kontroversi apabila telah memuatnaik gambar dan video lucah dia bersama teman wanitanya di laman blog beliau.

Alvin Tan Jye Yee memberitahu Yahoo! Singapore yang dia telah menutup laman blog berkenaan kerana, “terlalu banyak masalah yang timbul dan beliau ingin mengelakkan diri dari ditimpa masalah.”

Dia menyifatkan gambar dan video yang tersebar meluas itu sebagai satu perkara yang membuatkan dia teruja. Di laman blog yang dikenali sebagai Sumptuous Erotica itu, Tan dan gelprennya yang bernama Vivian Lee memberitahu mereka gemar menceritakan butiran kisah seks mereka kepada orang ramai untuk dikongsi bersama.

Pasangan rakyat Malaysia ini dikhabarkan kini telah pulang ke Malaysia.

2 Replies to “Pelajar Malaysia di NUS beraksi lucah di internet”

Comments are closed.