Mizz Nina tidak sensitif?

Pertengahan Julai 2012 lalu, seorang penggiat forum Cari ada membangkitkan isu kulit album Mizz Nina ini tetapi ia’nya tidak di’pandang serius oleh mana mana pihak.

Dan ya, media massa termasuk kami yang kecil ini pun tiada yang membawa isu ini kepada perhatian umum mungkin kerana menganggap’nya satu kesalahan teknikal biasa.

Tulisan terbaru di blog wartawan bernama Hazrey semalam mengingatkan kami betapa signifikan ‘kesalahan teknikal’ Mizz Nina ini dan tidak boleh di’pandang ringan selepas ini.

Kami pasti album Take Over dari Mizz Nina ini telah di’jual dalam angka ribuan unit tetapi entah berapa orang sahaja yang perasaan akan kesilapan yang sepatutnya tidak berlaku.

Apa yang akan anda baca selepas ini adalah satu rasa prihatin terhadap kekhilafan yang terjadi dan lebih memalukan apabila ia’nya di’lakukan oleh seorang Islam sendiri. Read on.

Mizz Nina & Kulit Albumnya (Sumber Asal: Hazrey.com)

Mungkin ramai yang tak tahu dari mana foto ini. Aku mendapat tip-off dari seorang rakan twitter mengenai kulit album artis Malaysia – Mizz Nina yang secara jelas terdapat satu kekhilafan yang ketara dan agak memalukan bagi seorang yang beragama Islam.

Pada aku mungkin ia terkhilaf di peringkat copywriter tetapi tentulah sebelum copywriter atau graphic designer membuat typesetting pada soft copy album ini, draf hard copy diperolehi dari artis itu sendiri.

Rasanya album ini released pada Jun tahun ini berjudul Take Over dan foto ini aku perolehi dari forum cari namun setakat ini aku tak nampak mana-mana wartawan hiburan yang sudi menulis perkara ini dan mungkin boleh menegur perkara ini.

Yelah, kita pun kena faham, wartawan hiburan sangat sibuk mencari cerita cerita bukak baju, bukak skirt, cerai berai, cium mulut, togak arak. Dan mereka juga sangat sibuk menulis kolum kolum untuk mencerca artis sebab tak layan diaorang seperti seorang diva atau dewa dewa dari langit. Itupun kita kena faham.

Dan pastinya, dan aku yakin, wartawan hiburan memperolehi album ini untuk memberi ulasan. Aku tentunya tak dapat sebab Mizz Nina tak kenal aku dan aku bukan penulis hiburan.

Aku juga cuba google untuk mencari mungkin ada permintaan maaf dari Mizz Nina berkaitan kesilapan ini namun tak jumpa. Jika ada, mungkin anda boleh berkongsi dengan meletakkan link di ruang komen.

Apapun ia satu kesilapan yang menampakkan pure ignorance apatah lagi Mizz Nina beragama Islam. Dan kebanyakan wartawan hiburan pun ramai yang beragama Islam dan agak pelik mereka TIDAK menyedari akan kekhilafan ini. Pelik tak? Tentu sekali. – rotikaya