Man United tewaskan Newcastle

Dua jaringan awal dari Jonny Evans dan Patrice Evra memberikan United kemenangan mudah ke atas Newcastle termasuk jaringan hebat oleh Cleverley.

Sir Alex Ferguson gembira apabila menyaksikan Manchester United mengambil peluang sepenuhnya terhadap Newcastle United untuk naik ke tempat kedua liga.

United memulakan perlawanan dengan baik apabila pertahanan Newcastler gagal bersatu sebanyak dua kali pada 16 minit pertama yang membenarkan jaringan pertama oleh Jonny Evans dan selepas itu, Patrice Evra.

Pasukan Alan Pardew mula bangkit pada babak kedua dengan tandukan hebat oleh Demba Ba namun telah terpantul dari gawang gol dan percubaan oleh Papiss Cisse telah dihalang oleh David de Gea dimana jaringan itu dikatakan telah melepasi garisan.

Tetapi rembatan Tom Cleverley pada minit ke-71 dari jarak jauh telah memastikan United mengutip tiga mata dengan kemenangan 3-0 ke atas pasukan tuan rumah.

United mendominasi perlawanan dalam jangka masa yang lama dan mendapat banyak peluang melalui Wayne Rooney, Van Persie dan Danny Welbeck yang berkali-kali mengasak.

Pertahanan Newcastle ternyata huru-hara tanpa kelibat Danny Simpson, Steven Taylor dan Fabricio Collicini yang cedera.

Pergerakan Rooney, Van Persie dan Shinki Kagawa di belakang Welbeck telah menyebabkan Newcastle mengejar bayang mereka sendiri dan Pardew telah memilih untuk menurunkan Ben Arfa di kanan untuk membentuk pasukan yang lebih menyerang.

Highlight