Khairul Fahmi sasar ‘treble’

Pemain bintang Kelantan, Khairul Fahmi mendedahkan harapan beliau untuk mencipta sejarah dalam perlawanan akhir Piala Malaysia

.
Pasukan Red Warriors telah meraih kejuaraan Liga Super dan Piala Malaysia musim ini dan mempunyai peluang untuk mendapatkan treble jika berjaya menewaskan ATM di Stadium Shah Alam hujung minggu ini, sesuatu yang hanya Kedah telah mencapai pada tahun 2007 dan 2008.

Tahap keyakinan pasukan Kelantan amat tinggi dan Khairul Fahmi telah berkongsi pendapat dengan ESPNSTAR sebelum perlawanan.

“Saya amat gembira yang Kelantan dapat ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan saya berasa amat teruja.” katanya.

“Persiapan pasukan kami telah berjalan dengan lancar. Kami tidak sabar untuk mencipta sejarah dengan memenangi treble musim ini.”

“Musim ini amat memuaskan untuk kami dan kami ingin mengakhirinya dengan cara terbaik.”

Ramai yang berpendapat bahawa pasukan Bojan Hodak akan meraih kemenangan tetapi Khairul sedar akan ancaman dari juara Liga Premier ATM.

“Kami perlu memberi tumpuan sepenuhnya dalam perlawanan.” kata bintang Malaysia itu sambil menambah, “Mereka mempunyai banyak pemain bintang yang berpengalaman dan saya rasa mereka akan memberi kami saingan yang sengit.”

“Ia perlawanan yang amat sukar, tetapi saya yakin pasukan kami mampu mencapai kemenangan. Saya harap para penyokong kami turun dan memberi kami sokongan padu.”

Khairul akan serta pasukan K. Rajagopal dengan Harimau Malaya bulan depan dalam kejuaraan Piala AFF Suzuki.