Kelantan sekat misi 33 Selangor

Kelantan menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam hasil gol Mohammad Ghaddar dan Badhri Radzi dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia.

Misi 33 untuk Selangor lebur lagi setelah tewas dengan agregat 3-0 kepada juara Liga Super, Kelantan FA dalam perlawanan kedua peringkat separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam. Pasukan pelawat telah membuka tirai hasil aksi solo Ghaddar pada minit ke 85 dan menjaminkan tempat dalam perlawanan akhir bersama ATM dengan gol Badhri, atau lebih dikenali dengan gelaran Piya, dalam masa tambahan.

Selangor memulakan perlawanan dengan gerakan serangan seawal minit pertama apabila Amri Yahya mara dari sayap kanan tetapi beliau dijatuhkan Subra di luar kotak penalti. Ketua pasukan Gergasi Merah Safiq Rahim mengambil tendangan percuma itu tetapi percubaannya tersasar.

Rentak perlawanan kemudian merosot seketika dengan kedua-dua pasukan terlalu berhati-hati tetapi Ghaddar bangkit pada minit ke 13 dengan tandukan kuat yang ditepis keluar penjagagol Selangor Norazlan Razali.

Sepuluh minit kemudian, Amri Yahya melepaskan rembatan dari 30 meter yang tidak diselamatkan dengan baik oleh Khairul Fahmi dan Solehin Abdullah telah cuba mengasak tetapi penjaga gol negara itu berjaya membuat halangan akhirnya.

Seminit sebelum masa rehat, giliran Bosko Balaban pula untuk memberi rembatan dari jauh tetapi Khairul menyelamatkannya dengan senang dan melancarkan serangan yang berakhir dengan sepakan Indra Putra dari dalam kotak yang terlalu tinggi.

Tentak permainan babak kedua hampir sama dengan percubaan jauh Bosko pada minit ke 50 ditepis keluar dengan senang dan percubaan Norshahrul Idlan pada minit ke 57 dan 58 berturut-turut yang tersasar.

Kedua-dua jurulatih kemudian membuat penukaran demi pemburuan gol. Azidan Sarudin menggantikan Rozaimi Rahman pada minit ke 72 sementara Piya mengambil tempat Nurul Azwan Roya dua minit kemudian dan sekaligus memberangsangkan pasukanmasing-masing.

Sepuluh minit kemudian, gerakan yang dimulakan Piya berakhir dengan aksi gelecek Ghaddar di dalam kotak melepasi tiga pemain pertahanan Selangor sebelum memberi tendangan cantik yang membuka tirai untuk pasukan pelawat.

Bosko kemudian dibuang padang pada minit 83 apabila menyiku Obinna dan harapan Selangor semakin pudar. Ketua pasukan Gergasi Merah, Piya menjaminkan kemenangan dengan sepakan percuma tiga minit dalam masa tambahan dan menamatkan Misi 33 untuk Selangor.

Juara Liga Super, Kelantan, akan bertemu juara Liga Premier ATM di Stadium Shah Alam pada 20 Oktober dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.

Highlight