Jordi Alba selamatkan Barcelona

Pengurus Barcelona Tio Vilanova telah memuji pasukan beliau setelah meraih kemenangan 2-1 ke atas Celtic sekaligus meletak mereka di atas kedudukan.

Celtic telah mendahului pada minit ke 18 melalui jaringan gol oleh Giorgio Samaras di Camp Nou tetapi mereka gagal mengekalkan kedudukan apabila Andres Iniesta menyamakan kedudukan akhir separuh masa pertama diikuti dengan sumbangan Jordi Alba pada empat minit dalam masa kecederaan.

Vilanova kelihatan bangga dengan sikap pemain beliau yang kerap berjuang di atas padang.

“Mereka telah berjuang sehingga akhir perlawanan. Mereka telah menang namun mereka sambung bermain untuk mendapatkan lebih banyak mata,” beliau berkata pada akhir perlawanan.

Benteng pertahanan Barcelona yang diganggu dengan kecederaan telah membuat Vilanova terdesak untuk mengisi tempat-tempat kosong itu dan beliau telah memberikan pujian kepada pemain muda Marc Bartra yang digandingkan dengan Javier Mascherano di hadapan kubu pertahanan.

“Saya diberitahu bahawa Pique tidak akan beraksi lebih kurang seminggu yang lalu. Dari itu, saya sedar bahawa Bartra harus bermain dalam perlawanan ini,” Vilanova berkata.

“Pada pendapat saya, Bartra adalah seorang pemain utama. Kami mempunyai kecukupan duit untuk membeli seorang pemain pertahanan pada musim lalu tetapi saya telah menasihati pasukan untuk berjimat.”

Penjaring gol utama Jordi Alba amat gembira dengan kemenangan itu dan telah berusaha sehingga wisel penamatan dibunyikan.

“Kami telah berjuang sehingga akhir perlawanan dan saya amat gembira setelah menjaringkan gol. Namun, kami masih mempunyai tiga perlawanan lagi untuk dimainkan.”

Highlight