Joe Hart merendah diri

Joe Hart menyatakan bahawa beliau masih perlu memperbaiki diri walaupun telah dikatakan sebagai penjaga gol terbaik dalam dunia oleh Wayne Rooney.

Pemain jersi nombor satu ini telah diberikan pujian setelah prestasi hebat dalam perlawanan Liga Juara-Juara yang telah berakhir dengan keputusan seri bersama Borrusia Dortmund di Stadium Etihad minggu lalu.

Namun, pemain yang berumur 25 tahun itu bertekad untuk lebih meningkat sebelum perlawanan peringkat kelayakan Piala Dunia bersama San Marino di Wembley pada hari Jumaat.

Hart berkata: “Saya berasa gembira setelah mendapat pujian tetapi pujian sebegini ini mudah diberikan.
“Anda boleh menjadi pemain yang paling teruk di dunia dalam tempoh dua hari jika perkara buruk berlaku dalam perlawanan seterusnya.

“Anda harus kerap berusaha.

“Saya menghargai pujian itu tetapi kami harus bergerak ke hadapan.

“Anda harus sentiasa merendahkan diri. Jika tidak, ramai orang akan menghina anda apabila perkara buruk berlaku. Apa-apa yang boleh terjadi dalam permainan bola sepak.”