Harimau Muda tewaskan Balestier

Harimau Muda menewaskan Balestier Khalsa 2-0 di Stadium Yishun dalam perlawanan Liga Singapura hasil gol Ahmad Hazwan dan D. Saarvindran.

Anak buah Ong Kim Swee telah memulakan perlawanan tanpa beberapa pemain utama seperti Wan Zaharulnizam, Irfan Fazail dan Fandi Othman akibat kecederaan serta Thamil Arasu yang digantung perlawanan. Saarvindran mengambil tempat di sayap kiri dengan Affize Faisal di tengah padang sebelah Gary Robbat.

Ahmad Hazwan dan Syahrul Azwari telah berganding usaha dengan baik sebagai penyerang utama dan gerakan mereka bersama Wan Zack Haikal pada minit kedua hampir-hampir membuka tirai tetapi pemain pertahanan kiri Balestier, Syed Thaha, berjaya membuat asakan penting.

Penyerang Korea Park Kang-Jin menindak dua minit kemudian dengan hantaran tepat ke Hamqamal Shah tetapi rembatan pemain sayap itu terlepas sasaran.

Wan Zack menggelecek masuk ke dalam kotak pada minit ke enam setelah mengawal tandukan Paul Cunningham dan memberi sepakan dengan kaki kirinya tetapi ia terlalu jauh.

Keadaan padang yang lecak dan tidak terurus menjejas kedua-dua pasukan dan rentak permainan semakin menurun hingga minit ke 22 apabila Affize memberi hantaran cantik dengan luar kasut kepada Saarvindran yang memberi sepakan tetapi pengaja gol Zakariah Nerani menyelamatkannya dengan baik.

Affize sekali lagi mengancam setelah pengadil memberi tendangan percuma akibat Park yang menjatuhkan Gary tetapi sepakan pertama beliau terkena tembok pertahanan dan peluang keduanya dihalang.

Babak kedua perlawanan lebih rancak dengan pasukan Harimau disemarakan oleh para penyokong yang hadir. Mereka akhirnya mendapat hasil pada minit ke 52 apabila Hazwan mengambil kesempatan untuk memberi rembatan yang kencang dari luar kotak yang terpesong dari pemain pertahanan Balestier dan terus masuk gawang.

Ketua pasukan Balestier Cunningham, yang berasal dari New Zealand, cuba untuk memberangsangkan pasukan dengan aksi gelecek ke dalam kotak Harimau sebelum memberi bola kepada Park tetapi sepakannya terlalu lemah dan diselamatkan oleh Izham Tarmizi.

Harimau terus menguasai perlawanan dan tekanan ke atas pemain Balestier amat jelas hingga menyebabkan pertelingkahan pada minit ke 82. Asakan Fadhli Shas ke atas Syed Thaha mencetuskan pergaduhan yang melibatkan hampir semua pemain tetapi pengadil Taqi Jahari mengawal situasi dan perlawanan akhirnya diteruskan juga.

Wan Zack kembali mengancam pada minit ke 89 dan memecut lepas Poh Yi Feng dan Yusiskandar sebelum memberi hantaran dengan kaki kirinya yang dikawal oleh Saarvindran dengan dada beliau sebelum menyepak masuk untuk gol kedua Harimau.

Yusiskandar kemudian diberi kad kuning kedua dalam masa tambahan setelah mengasari Ahmad Hazwan dan keputusan kekal hingga wisel penamat.

Harimau Muda kini di tangga kelima dengan 35 mata, 11 mata dibelakang ketua Liga Singapura, Tampines Rovers dengan empat perlawanan dalam tangan.