Harimau Malaya tewaskan PDRM

Harimau Malaya mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan PDRM malam tadi.

Dalam perlawanan tersebut Safiq Rahim menjaringkan 2 gol menerusi sepakan penalti dan sepakan percuma untuk membantu kemenangan 4-0 kepada pasukan Rajagobal.

Safee Sali dan Wan Zack Haikal masing-masing menjaringkan 1 gol.

Rajagobal ketika ini sedang membentuk pasukan untuk menentang Vietnam dan Thailand sebagai persiapan kejohanan AFF Suzuki Cup 2012 yang akan berlangsung hujung November nanti.

Sumber