Harapan Gerrard semakin pudar

Steven Gerrard akui bahawa ia adalah sebuah ‘keajaiban’ untuk beliau memenangi trofi Liga Perdana Barclays bersama Liverpool.

Kapten Liverpool itu telah menyatakan dalam autobiografi terbaru beliau bahawa dengan menilai umurnya dan kekuatan pasukan-pasukan lain, ia hanya realistik untuk membimbing pasukan kesayangannya itu kembali ke kedudukan empat teratas.

“Ia adalah seperti sebuah ‘keajaiban’ jika sekarang saya berjaya meraih kejohanan bersama Livepool,” beliau berkata.

“Saya menyatakan sebegitu kerana umur saya yang semakin meningkat dan prestasi kami telah akhiri dalam liga ini beberapa tahun yang lalu. Begitu juga reputasi kami besama pasukan-pasukan yang lain.

“Bukan hanya United dan Arsenal sekarang, tetapi City, Chelsea dan Tottenham juga. Newcastle semakin meningkat untuk menjadi sebuah saingan yang hebat untuk kami. Liga Perdana telah menjadi satu saingan yang sukar untuk dimenangi.

“Kami telah menamatkan musim di tempat ke lapan tahun lalu. Jika musim ini berlalu dengan baik, kami akan usaha untuk memperbaiki dan sekaligus mempunyai peluang untuk berdiri di kedudukan empat teratas. Itu realistik. Ia boleh dicapai.

“Namun jika kami dapat mencapai kedudukan itu, saya akan berumur 33 akhir musim ini dan itu adalah sebab kenapa ia akan menjadi sebuah ‘keajaiban’ jika kami meraih kejohanan sebelum saya bersara.

“Tetapi saya akan tetap berjuang. Saya akan kerap berusaha dan kami akan lihat apa yang mungkin berlaku.
Gerrard telah kelibat dalam kemenangan Liverpool 5-2 atas Norwich minggu lalu sementara rakan sepasukan Luis Suarez menjaringkan tiga gol. Pasukan Merseysiders ini sedang berada di tempat ke 14 setelah enam pusingan – 11 mata belakang juara Chelsea.