Gerrard raikan cap ke-99

Steven Gerrard menyatakan yang Wayne Rooney perlu tunggu jika ingin menggantikannya sebagai ketua pasukan England.

Pemain midfield Liverpool itu teruja dengan penampilan ke 99 beliau untuk negara dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia dengan Poland di Warsaw.

Walaupun beliau telah mewakili negara lebih dari sedekad, Gerrard menegaskan bahawa kemahuan beliau untuk menyarung jersi kebangsaan masih kuat.

Gerrard berkata: “Saya akan mewakili negara untuk kali ke 99 tetapi ia masih seperti kali pertama saya.”
“Saya tidak rasa tua ataupun bosan walaupun telah kekal lama.”

“Saya bangga setiap kali saya menyarung jersi England dan ia amat memuaskan untuk mendapat penampilan ke 99.”

“Saya harap dapat menandakan detik ini dengan tiga mata nanti.”

“Saya rasa segar dan sedia untuk mula, seperti penampilan pertama saya.”

Gerrard kagum dengan prestasi Rooney sebagai ketua pasukan dalam perlawanan menentang San Marino di mana beliau menjaringkan dua gol.

Walaubagaimanapun beliau enggan menyerah tanggungjawab sebagai ketua pasukan.

“Wayne telah menjalankan tugas dengan baik, beliau bermain dengan baik, menjaringkan dua gol dan kami mendapat tiga mata.”

“Tetapi saya berharap beliau harus sabar sebelum dapat menjadi ketua pasukan untuk jangka masa yang panjang. Saya amat menikmati tanggungjawab saya.”

“Saya telah menunggu lama sebelum ia diberi kepada saya. Saya ingin menikmati detil ini sebelum memulanginya.”

Gerrard juga mengakui yang saingan untuk tempat di kesebelasan utama kini amat sengit.
“Ia amat baik untuk masa depan bola sepak England.”

“Kami perlu konsisten untuk mempertahankan tempat di kesebelasan utama.”