Ferguson terikat dengan dilema

Sir Alex Ferguson mengakui terperangkap dalam dilema setelah menyaksikan prestasi Javier Hernandez yang semakin mantap.

United telah ketinggalan 2-0 pada awal perlawanan sebelum Hernandez menjaringkan gol pertama tidak lama kemudian serta gol kemenangan pada separuh masa kedua setelah pemain pertahanan Jonny Evans mampu menyamakan kedudukan.

Hernandez ditanya tentang permulaan lemah United dalam perlawanan ini – yang merupakan kali ke lapan pada musim ini, beliau berjenaka: “Saya fikir kami hanya perlu menjaringkan tiga lagi gol dan kami akan mendapat tiga mata!”

“Kami telah memulakan perlawanan dengan lemah tetapi kami mampu mendapat tiga mata dan kami akan menantikan perlawanan seterusnya.”

Beliau menambah kepada ITV1: “Saya telah banyak meningkat di sini dan saya akan terus berjuang apabila diberikan peluang.”

Salah satu percubaan Hernandez telah dinafikan setelah dikatakan sebagai ofsaid.

Beliau berkata: “Ia bukan ofsaid tetapi itu tidak penting. Kami telah mendapat tiga mata pada akhir perlawanan.”

Walaupun United harus bangkit semula pada separuh masa kedua, pengurus Sir Alex Ferguson telah mempertahankan keputusan beliau setelah menubuhkan benteng pertahanan yang lemah dengan menurunkan pemain pertahanan England Michael Carrick.

Rio Ferdinand turut dikecualikan ke bangku simpanan tetapi Ferguson telah menyatakan kepada ITV1: “Kami telah melakukan yang patut. Michael Carrick tidak bersalah dan beliau telah bermain dengan baik.
“Vida (Nemanja Vidic), (Phil) Jones and (Chris) Smalling tidak dapat beraksi – Carrick bukan pilihan utama tetapi beliau telah melakukan yang terbaik.

Ferguson turut menambah: “Kami telah melalui permulaan yang lemah tetapi kami mampu menyelamatkan beberapa perlawanan setakat ini.”

Beliau juga mengakui bahawa prestasi Hernandez yang semakin meningkat itu telah meragukan keputusan beliau untuk benteng serangan pada masa hadapan.

“Beliau telah berlatih dengan baik dan sentiasa meningkat.” beliau berkata.

“Saya tidak tahu apa anda akan lakukan dengan pilihan seperti beliau, (Robin) Van Persie, (Wayne) Rooney dan (Danny) Welbeck.”

Highlight