Dortmund berjaya tewaskan Real

Jaringan voli dari Marcel Schmeizer memberi kemenangan 2-1 Dortmund ke atas Real dan meletakkan mereka di atas kumpulan.

Robert Lewandowski membuka tirai pada minit ke 36 tetapi Real menindak balas dua minit kemudian dengan Cristiano Ronaldo yang menjaringkan gol kelima dalam Liga Juara-Juara musim ini.

Walaubagaimanapun Dortmund telah menguasai separuh masa kedua dan menjaminkan kemenangan dengan Schmelzer yang telah mengambil kesempatan dari kesilapan Iker Casillas.

Real kini telah menang hanya satu dari 24 perlawanan di Jerman tetapi sepatutnya membuka tirai dari hantaran Ronaldo dari sayap kiri pada minit ke enam tetapi Mesut Ozil gagal menyempurnakannya.

Sebastian Kehl kemudian membuat percubaan dari jarak jauh yang diselamatkan dengan baik oleh Casillas dari hantaran Mario Gotze pada minit ke 30. Juara bertahan Bundesliga itu akhirnya membuka tirai lapan minit kemudian apabila Kehl merampas bola dari Pepe dan memberikan kepada Lewandowski yang menyepak masuk gol pembukaan dengan senang.

Ronaldo membalas dari hantaran Ozil yang tidak ditangani Lukasz Pisczek dan Ronaldo membuat lob yang cantik ke atas Roman Weidenfeller.

Walaupun telah menyelamatkan pasukannya beberapa kali, Casillas hanya mampu menumbuk keluar hantaran dari sayap kanan dan Schmelzer, yang bersedia di luar kotak penalti, memberi tendangan voli kencang untuk menjaminkan tiga mata kepada Dortmund.

Highlight