DJ stesen radio wanita diculik lebih 10 lelaki

JOHOR BAHRU – Seorang penyampai radio terkenal wanita nyaris menjadi mangsa bunuh setelah diculik lebih 10 lelaki ketika pulang dari kerja, kira-kira jam 12 malam kelmarin berhampiran rumah ibunya di Kampung Sungai Danga di sini.

Mangsa Julie Diana Omar Shariff, 34, yang lebih dikenali sebagai JD di sini bekerja dengan sebuah stesen radio swasta selatan Semenanjung.

Dalam kejadian itu, dia yang berhadapan detik cemas termasuk leher diacu pisau dan muka ditutup, dipandu ke sebuah jirat Cina oleh kenderaan penculik sebelum dibawa ke kawasan hutan.

Menurutnya, barang kemas, wang tunai juga kad ATMnya diambil dan kerugian dianggarkan lebih RM20,000.

Mangsa ditutup sepanjang penculikannya dan diseksa sepanjang tempoh tersebut. Penjenayah juga sempat mngeluarkan  RM3000 dari mesin ATM di sebuah stesen minyak ketika membawa mansa bersama.

Difahamkan kumpulan ini dibayar untuk membunuh mangsa pada mulanya namun penjenayah terbabit tidak jadi membunuhnya kerana rayuan salah seorang penjenayah terbabit bahkan penjenayah terbabit juga memberitahu bahawa bos mereka mengambil tindakan sebegini kerana begitu marah disebabkan mangsa tidak membalas cintanya.

Mangsa ditinggalkan bersama kunci kereta dan lesen memandu beserta wang RM51. Mangsa diselamatkan oleh pekerja Indonesia di ladang berhampiran dan seterusnya berjaya menghubungi sedara berserta pihak berkuasa.