Cleverley teruja bersama United

Pemain tengah Manchester United Tom Cleverley berasa gembira dengan permulaan musim dan berharap bahawa beliau dapat menjaringkan beberapa gol.

Cleverley merupakan salah seorang pemain bintang dalam kemenangan United 3-0 menentang Newcastle pada hari Ahad di mana pemain antarabangsa Inggeris itu telah menyumbang gol hebat untuk pasukan.

Pemain yang berumur 23 tahun itu sepatutnya membuat penampilan pertama pada musim lalu tetapi ia terganggu akibat kecederaan Cleverley.

Walaubagaimanapun, Cleverley telah menampilkan prestasi yang hebat sejak beraksi kembali dalam perlawanan dan dikatakan sebagai kunci utama skuad United dengan ketangkasan beliau sehingga pasukan Red Devils turut memberi beliau tempat dalam pasukan antarabangsa.

“Ramai orang tahu bahawa saya telah mengalami beberapa kecederaan musim lalu jadi untuk bermain dalam pasukan United dan skuad Inggeris pada masa ini adalah sesuatu yang amat saya menikmati,” Dipetik seperti apa yang dikatanya kepada the Sun.

“Saya berasa teruja untuk masa depan bersama United. Musim ini baru dimulakan beberapa bulan yang lalu tetapi saya telah bermain dalam beberapa perlawanan yang hebat.”

“Ia merupakan satu pengalaman baru bagi saya.”

Cleverley akan menyertai skuad England untuk bertemu San Marino and Poland dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Jom saksikan gol Tom Cleverley yang cantik itu