Azraai: Saya takkan lupakan Jang

Azraai Khor mededahkan perasaan tentang meninggalkan peminat kesayangan dan harapan untuk mengembalikan zaman kegemilangan Perak.

Azraai Khor, 57 tahun, telah mengumumkan beliau tidak akan menyambung kontrak dengan Negeri Sembilan pada hari Sabtu dan telah berkongsi pendapat tentang perjalanan baru beliau kepada ESPNSTAR.my

“Setelah berumpa dengan pengurusan Perak semalam, saya tertarik dengan idea mereka untuk mengembangkan pasukan pelapis dan berdasarkan rekod saya, saya amat teruja untuk mengendalikan pemain Perak dengan idealogi baru ini.” beliau berkata dengan teruja.

“Secara kebetulan Perak adalah juara Piala Presiden, kejuaraan bawah 21 tahun, dan Juara Piala Belia 2012, iaitu kejuaraan bawah 19 tahun, dan mereka juga merupakan finalis Sukma 2012. Mereka mempunyai pasukan pelapis muda yang amat berbakat.”

“Saya telah cadangkan agar kami mengekalkan struktur seperti semasa di Kedah apabila kami mencungkil bakat pemain yang cemerlang seperti Khyril Muhymeen dan Sabre Mat Abu.”

“Barisan muda mereka begitu kemas dan saya yakin akan potensi mereka.”

“Saya ingin membina falsafah yang baru dan berusaha ke arah yang lebih cemerlang dengan Perak.”

Walaubagaimapun, perasaan sedih jurulatih yang terkenal dengan baju merah jambu beliau amat jelas. Azraai dianggap sebagai satu-satunya jurulatih termashyur di Malaysia setelah membina pasukan lagenda Kedah yang telah meraih ‘double treble’ dan telah menikmati hubungan rapat dengan para penyokong Negeri yang boleh dianggap sebagai sesuatu yang luar biasa.

Ramai jurulatih lebih rela menjalankan tanggungjawab tanpa mengambil kira suara para penyokong tetapi bekas pemain kebangsaan Malaysia ini tidak sebegitu. Malah, beliau lebih suka berganding bahu dengan peminat.
“Saya tidak boleh melupakan Negeri Sembilan. Saya memang rapat dengan para peminat. Satu-satunya ideology saya adalah jurulatih tidak bermakna tanpa pemain dan pasukan tidak bermakna tanpa penyokong setia.”

“Hubungan saya yang erat dengan para peminat amat bermakna kepada saya. Saya bernasib baik dapat berdamping dengan para penyokong Negeri. Saya memang tersentuh. Ada juga peminat yang hubungi saya sambil menangis. Saya amat terharu.” katanya dengan penuh emosi.

“Saya memang banyak memori dengan mereka. Saya masih ingat, hari pertama saya melaporkan diri ke Seremban. Saya telah dijemput oleh pihak Ultras dan diundang dalam kereta. Mereka telah menyambung meja dan menyambut saya dengan sorakan dan laungan mereka.

Selepas seminggu, N9Futbol pula mengundang saya ke majlis tahlil di dewan Spanish Villa dimana kami mengadakan sesi soal jawab. Saya tidak akan melupakannya. Sambutan mereka amat bermakna, saya pula telah cuba untuk menyertai sebanyak majlis dan undangan yang diterima. Saya bernasib baik dapat banyak rakan rapat dari pengalaman saya.”

“Tetapi pada masa yang sama, saya perlu mencari pengalaman baru, idea baru. Sebagai jurulatih ia adalah satu kebiasaan.” beliau menambah.

“Perak sedang merancang untuk mendapatkan pemain baru. Saya kagum dengan sikap positif mereka. Perbincangan saya dengan pengurusan baru telah berjalan dengan lancar dan saya teruja dengan cadangan mereka.

“Saya memang tidak akan setuju jika saya tidak dapat melaksanakan syarat-syarat saya, tetapi mereka telah menyokong saya sebulat suara demi kemajuan dengan penuh harapan.

“Musim baru ini akan membawa logo PAFA (Persatuan bola sepak Perak) baru, arah baru dan jurulatih baru yang ingin berganding bahu dengan para peminat. Ini memang aspek yang penting dalam hidup saya, dan juga untuk sukan bola sepak.

“Dalam perbincangan saya, Dato’ Presiden telah juga menyokong pendekatan saya dan telah menyatakan bahawa beliau juga fikir sehaluan.” jelasnya lagi