Arsenal di landasan tepat

LONDON – Penyerang Arsenal, Lukas Podolski membantu skuad The Gunners mengekalkan rekod 100 peratus dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini.

Arsenal yang menampilkan aksi hambar pada awal permainan, bangkit untuk menewaskan kelab Greece, Olympiakos 3-1 pada perlawanan kedua Kumpulan B kempen Liga Juara- Juara di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, Gervinho meletakkan Arsenal di depan pada minit ke- 42 tetapi Olympiakos berjaya mengikat kedudukan menerusi penyerangnya, Kostas Mitroglou tiga minit kemudian.

Begitupun, Podolski kembali meletakkan skuad The Gunners berada di depan pada minit ke-56 sebelum perancang Arsenal, Aaron Ramsey mele- dakkan gol ketiga pada masa kecede- raan.

Kemenangan itu meletakkan Arsenal di landasan tepat dalam misi untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.

Namun, penolong pengurus Arsenal, Steve Bould mengakui bahawa masih banyak ruang yang perlu diperbaiki terutama benteng pertahanan skuad The Gunners yang dilihat agak rapuh.

“Mereka (Olympiakos) menjadikan perlawanan ini sukar buat kami,” kata Bould.

“Kami bermula dengan baik tetapi secara tiba-tiba kami menjadi sedikit gementar.

“Mungkin ia ada kaitan dengan keputusan kami sebelum ini (tewas 1-2 Chelsea). Kekalahan itu sedikit seba- nyak mempengaruhi permainan kami dan kami beraksi seperti kurang meyakinkan.

“Apa pun, secara keseluruhan ia adalah satu keputusan terbaik buat Arsenal.” – AFP

Highlight