Yunus Aliff mahu cas semula bateri

PENGENDALI T-Team, Yunus Alif mula membayangkan hasrat untuk berehat buat sementara waktu biarpun kata putus mengenai nasib skuad bimbingannya musim depan masih belum ditentukan.

“Saya sudah bergelumang dengan dunia kejurulatihan hampir 20 tahun dan sepanjang tempoh itu, pelbagai ca- baran telah dilalui. Buat masa ini, saya hanya ikut kon- trak saya (bersama T-Team).

“Soal bubar (T-Team) atau tidak, saya tak tahu. Bagaimanapun, saya berpuas hati sepanjang membimbing T-Team,” kata Yunus semalam.

Yunus memberitahu, beliau sudah banyak mengharungi pengalaman suka duka apabila bergelar sebagai pemain dan jurulatih.

“Jadi, mungkin selepas ini, saya akan ‘caj semula bateri’ saya. Maklumlah, tekanan berlipat kali ganda,” katanya.

Yunus, 54, mula membimbing T-Team selepas mengambil alih pasukan berstatus kelab itu daripada Che Ku Marzuki Che Ku Mohd. Nor pada penghujung tahun 2010.

Dalam pada itu, Kelab Penyokong T-Team merayu agar pasukan tersebut tidak dibubarkan.

Naib Presiden kelab itu, Amir Amri Mohamad berkata, T-Team harus diberi peluang kerana mempunyai rekod baik pada awal penubuhannya sekitar tahun 2007.

“Mengikut rekod, pada tahun itu (2007), T-Team ber- ada di tangga kelima Liga FAM sebelum muncul juara liga berkenaan setahun kemudian. T-Team kemudiannya layak ke Liga Perdana, sekali gus muncul naib juara,” katanya.

Pada 2010, T-Team melangkah ke Liga Super dan ber- jaya menempatkan diri dalam liga elit itu sehingga musim ini.

“Jadi, kami merayu kepada Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Said) supaya jangan bubarkan T-Team. Bagai- manapun, kalau itu keputusan beliau, kami tetap akur,” ujarnya.