Vanida Perjelas Isu Jatuh Talak Dalam Filem

Sudah kah anda menonton filem 3 hari lakonan Vanida Imran, Rashidi Ishak, Afdlin Shauki dan Ayu Raudhah?

Dalam filem tu Vanidah Imran berlakon jadi watak Ujie yang kahwin dengan Afdlin Shauki yg pegang watak Armi. Manakala Rashidi Ishak watak Zhafrin yang kahwin dengan Juwita.

Kat mana pulak timbul isu Rashidi Ishak lafaz cerai kat Vanida Imran ye. Pelik juga tu,  Zhafrin yang kahwin dengan Juwita nak ceraikan Juwita (Ayu Raudhah la supaya dia boleh nikah dengan Ujie(Vanida Imran).

Antara dialog dalam Untuk 3 Hari

Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga kita minta cerai.

Kemungkinan orang yang buat cerita ni tak tengok filem ni dan membuat ulasan sebegitu.

Vanida menjawab berkenaan isu jatuh talak dalam mstar online:

“Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya?

“Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri,” katanya.

Vanidah mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar pada Isnin yang menggesa dia dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.

Dalam pada itu, Vanidah menegaskan dia tidak akan ke pejabat agama seperti mana dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa.

Vanidah memberitahu, sebagai seorang Islam dia sedar mengenai soal agama serta hukum dan tidak akan cepat melatah dengan isu yang digembar-gemburkan.

“Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku,” tegasnya.

“Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain.

“Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan,”

Filem ini diadaptasi dari novel tulisan Ahadiat Akashah.