United kehilangan Vidic lapan minggu

Manchester United terpaksa berhadapan dengan kecederaan pemain lagi selepas Nemanja Vidic dikecualikan selama lapan minggu selepas menjalani pembedahan lutut.

Vidic yang tidak beraksi pada lima bulan terakhir musim lepas selepas cedera semasa perlawanan Liga Juara Juara menentang Basel tidak diturunkan semasa bertemu Liverpool minggu lepas selepas mengadu kesakitan di lututnya.

Namun, pemeriksaan lanjut mendedahkan masalah lebih besar yang menggesa Vidic untuk menjalani pembedahan yang kini telah selesai.

“Nemanja Vidic telah menjalani pembedahan meniscus pada lutut kanannya dan akan dikecualikan selama lapan minggu,” kata jurucakap kelab.

“Sir Alex telah merehatkan Vidic minggu lepas atas dasar keselamatan selepas Vidic mengadu terdapat kesakitan di lututnya.

“Beliau telah menjalani pembedahan minggu ini dan akan dikecualikan selama lapan minggu.”