Terry bersara dari wakili negara

John Terry telah bersara dari mewakili England di persada antarabangsa sebelum kes Anton Ferdinand didengarkan di mahkamah.

Ketua pasukan Chelsea, Terry, telah mengumumkan bahawa beliau telah bersara dari mewakili negara beliau di persada antarabangsa dan menyatakan bahawa Persatuan Bolasepak (FA) telah membuat posisi beliau sebagai ketua pasukan “amat sukar”.

Pemain yang berusia 31 tahun itu telah berkata: “Saya ingin mengumumkan penyaraan saya dari bola sepak antarabangsa.”

“Saya ingin berterima kasih kepada semua pengurus pasukan England yang telah memberikan saya peluang untuk mendapatkan 78 penampilan untuk negara.”

“Saya telah menikmati masa saya dengan setiap pemain dalam pasukan negara.”

“Saya ingin berterima kasih kepada mereka, para peminat dan keluarga saya untuk segala sokongan yang telah diberi dalam kerjaya antarabangsa saya.”

“Saya amat bangga dapat mencapai impian untuk mewakili dan mengetuai negara.”

“Saya sentiasa berusaha sedaya upaya demi pasukan negara dan berasa amat kecewa perlu membuat keputusan ini.”

“Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Roy [Hodgson] dan pasukan.”

“Saya membuat pengumuman ini sebelum kes saya didengar di mahkamah kerana saya rasa yang FA telah membuat tanggungjawab saya amat sukar apabila ia bertindak untuk terus menyiasat kes saya walaupun telah dilepaskan sebelum ini.”