Sydney FC sahkan penyertaan Del Piero

Sydney FC telah mengesahkan penyertaan paling berprofil tinggi dalam sejarah mereka dengan mengumumkan penyertaan Alessandro Del Piero.

“Saya sangat gembira untuk menyertai Sydney FC,” kata Del Piero.

“Ini adalah satu detik yang besar buat saya kerana saya ingin menyambung karier saya di benua yang baru dimana saya dapat memberi sumbangan dan bantu mengembangkan sukan yang saya cintai.

“Bola sepak sentiasa perkara yang palig penting buat saya dan saya ingin membantu Sydney FC berjaya.

“Ini satu pengalaman baru untuk saya dan saya tidak sabar untuk bertemu rakan-sepasukan yang lain.”