Shila Amzah Juara Asian Wave 2012

Seorang lagi penyanyi Malaysia berjaya bergelar yang terbaik di pentas antarabangsa. Shila Amzah telah berjaya menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 di China.

Kemenangan Shila Amzah pada pertandingan malam tadi menepikan lima peserta peringkat akhir lain yang datang dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.

Pada malam persembahan akhir, Shila Amzah membawakan lagu Grenade (Bruno Mars), sebuah lagu Melayu nyanyian asal Jaclyn Victor, Gemilang & sebuah lagu Mandarin. Juri begitu terhibur dengan persembahan beliau.

Tahniah buat Shila Amzah atas pencapaian ini & bukan calang calang bakat boleh tewaskan peserta dari negara yang memiliki industri hiburan lebih gah & maju

Shila terima hadiah minit ke-10