Sharbinee dan Muslim akan dipanggil jika diperlukan

PENGENDALI skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal mene- gaskan, beliau akan menyenaraikan Mohamad Muslim Ahmad dan Mohd. Sharbinee Allawee Ramli sekiranya khidmat dua pemain Terengganu ini diperlukan oleh sku- ad kebangsaan.

Rajogobal turut mendedahkan beliau tidak teragak-agak untuk menyenaraikan Muslim dan Sharbinee sekiranya mana-mana pemain utama mengalami kecederaan.

Namun, Rajagobal menjelaskan bahawa peluang mereka bergantung kepada persembahan semasa bersama pasukan negeri sebelum membuat keputusan untuk memanggil Muslim dan Sharbinee dalam senarai 35 pemain ke kejo- hanan Piala AFF Suzuki.

Jelasnya, beliau akan menilai kembali sama ada memerlukan khidmat Muslim dan Sharbinee dalam perancangannya.

“Nama mereka ada (Muslim dan Sharbinee) selain (pemain Kedah), Baddrol Bakhtiar dalam senarai pemain yang diminta untuk bersedia menjalani latihan dan pemi- lihan skuad kebangsaan.

“Keputusan (itu terletak) kepada kita untuk (menilai sama ada) kita perlu panggil atau tidak. Itu sahaja, saya mahu melihat perkembangan mereka dalam pasukan masing-masing.

“Mana-mana pemain pun kita akan mengikuti perkembangan mereka dan kalau kita perlu (khidmat mereka), kita akan panggil.

“Saya sudah lama tidak menyenaraikan Sharbinee tetapi sekira- nya dia memiliki masalah disiplin, kami akan fikir balik (untuk menyenaraikannya dalam skuad kebangsaan),” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad kebangsaan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Terdahulu, Muslim bersama rakan sepasukan, Ismail Faruqi didakwa melanggar disiplin pasukan Terengganu kerana pulang kira- kira pukul 3 pagi ke hotel pengi- napan mereka iaitu beberapa jam selepas perlawanan menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 28 Ogos lalu.

Kedua-dua pemain itu turut didakwa membawa balik wanita ke hotel penginapan mereka.

Sementara itu, Sharbinee pula didakwa melepaskan gol mudah ketika Terengganu menerima kunjungan Kedah di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Sabtu lalu.

Ekoran insiden itu, Sharbinee dikatakan menjadi punca kegagalan Terengganu mengutip tiga mata penuh apabila sekadar seri 1-1 dengan skuad Kenari.

Dalam perkembangan lain, Rajagobal turut membayangkan beliau akan berusaha untuk mengadakan satu lagi perlawanan persa- habatan selepas aksi menentang Vietnam di Stadium Shah Alam pada Selasa depan.

“Selepas menentang Vietnam nanti, kami akan berkunjung ke Hong Kong untuk satu aksi persa- habatan (16 Oktober) sebelum sekali lagi berdepan Vietnam di Hanoi pada 3 November depan.

“Kemudian, kami akan melayan kunjungan Hong Kong di Stadium Shah Alam pada 14 November depan.

“Tetapi, saya akan cuba menda- patkan dua lagi perlawanan seba- gai persiapan terakhir sebelum ke- johanan Piala AFF Suzuki bermula yang mana kami akan menentang Singapura pada aksi pertama Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 25 Novem- ber depan,” ujarnya.