Semangat Badd meluap-luap tekad benam skuad Penyu

SEMANGAT Baddrol Bakhtiar kini meluap-luap untuk membantu Kedah mengatasi Terengganu pada saingan Piala Malaysia 2012 di Kuala Terengganu, malam ini.

 Ini kerana, jika pasukan Hijau Kuning pimpinan Mario Tot itu tewas, maka laluan ke suku akhir dilihat semakin rumit memandangkan mereka berada pada kedudukan tercorot Kumpulan C.

Menurut pemain sayap kebangsaan itu, mereka langsung tiada sebarang tekanan dalam misi memburu kemenangan penuh pada aksi pusingan kedua nanti.

“Kami tiada tekanan malah lebih bersemangat beraksi demi memastikan kejayaan berpihak kepada pasukan Kedah.

“Yang pasti, kami akan memberikan yang terbaik walaupun beraksi di tempat lawan yang dipenuhi penyokong fanatik tuan rumah,” katanya.

Pada aksi pusingan pertama di Alor Setar, Selasa lalu, skuad Kenari menang tipis 2-1 hasil ledakan sempurna penyerang sensasi, Khyril Muhymeen Zambri.