Selangor undang Safee, Nicoise

Selangor telah menjemput dua pemain, Safee Sali dari Pelita Jaya dan penyerang PKNS, Michael Nicoise untuk bersaing dalam Piala Sultan Selangor.

Selangor akan beraksi menentang Singapura pada 29 September ini di Stadium Shah Alam dalam Piala Sultan Selangor.

“Saya tidak sabar untuk beraksi dengan Bosko Balaban di bahagian serangan.” kata Safee Sali.

“Dia seorang pemain yang mempunyai banyak pengalaman dan saya juga harap akan belajar sesuatu melalui gandingan ini. Saya juga gembira beraksi dengan Selangor lagi sejak 2009,” tambahnya lagi.

Sultan Selangor, Sulthan Sharafuddin Idris Shah turut menggesa pasukan Selangor untuk merampas semula kejuaraan itu dari Singapura tahun ini dan juga berharap mereka berjaya dalam Piala Malaysia.