Scholes puas hati dengan pemain baru

Paul Scholes berpuas hati dengan beberapa tambahan pemain baru dalam pasukan dan percaya mereka mampu memberi kejayaan kepada kelab musim ini.

Scholes yang telah beraksi bersama ramai pemain yang berkualiti termasik Eric Cantona dan Cristiano Ronaldo gembira dengan rakan sepasukan yang baru dan menyatakan keyakinannya bahawa pasukannya kini akan merampas semula kejuaraan liga dari Manchester City.

“Anda akan sentiasa gembira jika terdapat pemain baru yang hadir walaupun mereka di posisi anda kerana ia sesuatu yang sihat untuk pasukan dan saya gembira beraksi dengan pemain baru,” katanya.
“Kami mempunyai kekuatan di semua posisi dalam skuad. Kami telah mengalami masalah dengan kecederaan pemain pertahanan, tetapi apabila semua mula cergas saya rasa terdapat dua pasukan yang dimilki pengurus dan itu dapat bersaing dalam Liga Perdana dan perlawanan piala.

“Semuanya lihat sihat dan sebagai pemain, kami tahu jika kami berpeluang, kami akan mengambilnya. Jika tidak, anda akan disingkirkan dari pasukan. Semudah itu.”

Pemain berusia 37 tahun itu terus memuji rakan sepasukannya yang baru.

“Semua pemain baru telah mula menyesuaikan diri,” tambah Scholes.

“Nick Powell telah melakukan dengan baik. Dia masih belum diberi banyak peluang dalam pasukan utama tetapi dia masih muda dan masih terdapat banyak masa lagi.

“Robin van Persie pemain yang hebat dan kami semua berharap untuk mendapatkan persefahamn dengannya sepanjang musim ini dan Alex Buttner beraksi dalam perlawanan pertamanya dengan pasukan Bawah 21 minggu lepas dan telah beraksi dengan baik.

Walaubagaimanapun, Scholes telah menyimpan lebih pujian untuk pemain yang dijangka akan meggantikan posisinya, Kagawa.

“Shinji telah bersama kami sejak mula pra-musim jadi dia mempunyai banyak masa untuk menyesuaikan diri. Dia seorang yang sangat hebat yang beraksi dengan baik di Jerman dan kami sangat bertuah untuk memilikinya.” puji Scholes.

“Dia seorang pemain yang bijak yang akan ke posisi sukar dimana sukar untuk pasukan lain atasinya.
“Dia sentiasa bergerak dan menjadikannya mudah untuk pemain tengah mencarinya.

“Dia sangat sesuai dengan cara permainan kami.”